Tuesday, July 26, 2011

#31# : Nak Beli Rumah?

Dalam 1 - 2 mingu nih sibuk mencari rumah.
lokasi kalau boleh memanglah nak cari yang terdekat dengan tempat kerja.

ari tuh cuti..bknlah semata² nak tengok umah. alang-alang cuti,
petang tuh kami tengok kat bandar permaisuri. Kondo, sebelah kawasan perumahan townhouse.
Rumah contoh, cantik sangat-sangat. Ada 3 bilik. 2 bilik air. tapi,
yang tak best, parking lot cuma ada satu sahaja. kereta kedua, kena parking luar.
Dah lepas tgk rumah contoh, kami tengot tapak rumah tuh. Ada progress. tapi, agak
mengecewakan kawasan nak parking luar tuh betul-betul jalan utama.
Macam umah kat area bandar permaisuri tuh, Semua kereta parking kat keliling..
Menangis nak rebut² parking nanti. Jadi, kesimpulannya, kami batalkan niat
nak beli rumah tersebut.

Kemudian pencarian seterusnya. Pertama di kawasan Putrajaya. Berhampiran dengan border²
Bangi. Tapi tiada rumah contoh pun. Bie dah pergi Jumaat lepas. Cuma beri pelan
dan penerangan sahaja. Jadi masa nie bie cuma tunjuk kawasan tuh saja.
Jalan cuma satu. Traffic light bie kata sangat lambat & menyebabkan kesesakan bila nak masuk.
Jalan alternatif dari Putrajaya. Jauh sangat kalau nak pusing ikut sini.
Kesimpulan, batal saja niat kami nak pertimbangkan rumah ni.

Seterusnya bie bawa pergi Bangi. Sebelum kahwin dia ada pergi tengok satu kondo
yang bakal dibangunkan. Di Seksyen 4 Bangi. Cuba-cuba cari jalan tempat tersebut.
Akhirnya jumpa. Progress dah ada. Dah naik dah rumah. Kami singgah pejabat jualan
dan tengok sekali rumah contoh.Harga masih lagi dalam lingkungan mampu kami.
Siap bincang-bincang, prosedur bagai, booking RM2000. Tapi xder bagi lagi pun sbb tak bawak cash.



Bila balik rumah, kami pun bincang semula pasal rumah tuh..
blaaa...bla...bla...blaa..dah capai keputusan yang kami tak jadi nak beli atas alasan² yang
kami fikir munsabah.


Jadi, misi mencari rumah idaman ditangguhkan..huhuh.
.

No comments:

Post a Comment