Saturday, December 18, 2010

#25 : DIY Bunga Manggar

Salam...

hajat dihati nak DIY bunga manggar. Nak kelainan sket. Sumber inspirasi dari blog X-B2B,  Xora. Masih dalam progress. Tenggedala sebab dawai dah habis. Dawai, tape putih balance dari masa bertunang dulu. Beli Bunga & gam UHU saje. Bunga dalam sepaket ada 100pcs. Sebatang bunga manggar boleh letak dalam 10 pcs. Skg baru siap 8 batang..Sekurang-kurangnya nak siapkan 100 pcs untuk dua pohon bunga manggar..huhuh..jenuh lah pulak...hambek ko! nak sangat DIY kan....silalah rajin..

Monday, December 13, 2010

#24 : Baju Nikah

Wondering :

1. Nak buat design macam mana?
2. Nak tempah dimana?

kain dah beli siap-siap masa bertunang hari tuh. Sepasang lace berwarna yellow. Asalnya nak kain warna off white. tapi dah sampai kat kedai kain..rambang mata sudah. 

ok..itu aje nak tulis..daaaaaa

Sunday, December 12, 2010

#23 : My 1st Vacay with Future In Law

Um...still dalam treatment lagi..dah seminggu kena Bells Palsy. Improvement x berapa banyak. Skg nie keep positive & dont miss senaman muka..

Last 27th November is my very 1st weekend vacay dgn family bie. best gak dapat gie Cameron Highlands. Terutamanya mestilah dengan bie. Bertolak lebih kurang pukul 2 ptg. Kami kerja half day pulak. Mak bie, sis & adik dia bertolak awal sikit. Gedebak-gedebuk, sampai sana pukul 7 something. Nie semua gara-gara jam dekat area pasar malam brinchang. 

Kami stay di Prima Vila Apartment, Tanah Rata. Malam, jalan-jalan kat pasar malam..Esoknye pula, baru jalan-jalan..yeayy..tapi, maklumlah, gie masa cuti sekolah..sesak..terutama kat Ladang Teh Boh. Siap boleh jam. Jalan dah ar kecik..iskkh..saspen dalam masa setengah jam. Nasib baik dapat lari dari kesesakan & kami terus gie Ladang Teh Bharat.

Overall, seronok dapat bercuti. i like!



Friday, December 10, 2010

#22 : Bell's Palsy


Bell's Palsy Overview

Bell's palsy is a form of temporary facial paralysis resulting from damage or trauma to one of the two facial nerves, which is known as the seventh cranial nerve. The paralysis causes distortion of facial features and interferes with normal facial function, such as closing the eyes, chewing, and eating.

The Facts on Bell's Palsy


Bell's palsy is a sudden facial paralysis that usually strikes all or part of one side of the face. Men or women of any age can suffer Bell's palsy, but statistics suggest that people in their 40s are more likely to get it. Overall, your risk of experiencing Bell's palsy is 1 in 5,000 each year, or 1.7% over an average lifetime. Some people may have Bell's palsy more than once in their life.

Bell's palsy can be a frightening experience, appearing suddenly with symptoms that cause many people to think they're having a stroke. In reality, stroke symptoms are quite different, and Bell's palsy is a condition that usually clears up without treatment.

Tak sangka sindrom nie terjadi kat aku. Starting last wednesday dah rasa tak sedap makan. Deria rasa pelik semacam. Then hari sabtu, baru perasan masa tengok muka kat cermin. Tiba-tiba senyum semacam. Sebelah kanan pipi jek naik. Panik!! terus sms bie & ajak dia teman gie klinik. Bie risau kena strok, cepat2 bawa gie jumpa doc. Sampai sana je, doc kata dah ada simptom 7th Nerve Palsy.  Half face tak boleh bergerak normal. Fell Down giler. Now, hampir seminggu dalam rawatan. Now, dalam rawatan.. ubat steroid & vitamin B12. Fisioterapi. Moga2 cepat sembuh. Tak boleh stress.


 

Thursday, November 25, 2010

#21 : Berkat / Favour / Door Gift

Bakal sis in law, dia akan mengambil tugas untuk menyediakan berkat bagi majlis kami. Sebab, majlis kami buat sekali dan positifnya tak perlu memeningkan kepala untuk mencari, survey, menempah dan sebagainya. Oh, ringan dah bahu nih.Yang penting, berkat mestilah menepati ciri² yang diidamkan..hehehe..ok..to future my sis in law, thanks sudi menghulurkan bantuan dan cari yang cantek² & comey² ya..caiyokk!!!

Thursday, November 18, 2010

#20 : DIY Balls

jumpa DIY ball yang comel nih. Semuanya dari wednesdaycustomdesign

Gather up:

  • Big balloon
  • Sharpie
  • Scissors
  • Cotton yarn
  • 4 oz. White school glue
  • 1/2 cup of Corn starch
  • 1/4 cup of Warm water
  • Something to stir with
  • Petroleum jelly
  • Clear fast drying spray paint
  • Hanging lamp cord or fishing line (depending on your desired final product)
  • Container for mixing

Directions

  1.  Blow up a balloon. We kind of suggest not blowing it up to its maximum capacity so that it is rounder.
  2. After the balloon is inflated to it's desired size draw a circle with the sharpie around the balloon knot just large enough to accommodate whatever lighting method you choose. Note: If you are just wanting to hang the balls or use them in a vase then you don't need to leave a hole at all!
  3. You will need to prepare your work area by laying down a tarp. We hung a shower curtain between two chairs and suspended the balloons by it with string so we could have plenty of working room.
  4. Mix corn starch, glue and warm water together until it's not lumpy (too bad getting rid of cellulite isn't this easy). 
  5. Smear the petroleum jelly all over your balloon until it is completely coated. Note: We specifically left using rubber gloves out of these instructions. You should get messy. If we were concerned about keeping your hands clean this would have been called the "loveliest, merriest and whirliest DIY" not "messiest, merriest and whirliest DIY".
  6. Besides sharing in good company, it will go much faster if you have a friend help you with this. One of you begin feeding the yarn through the glue mix and handing it off to the other person to drape around the ball 
Tuck the start and end pieces of yarn beneath other pieces of yarn. Begin wrapping the yarn around the balloon vertically at a comfortable tightness, and gradually switch to wrapping horizontally. 
After your ball has dried for 24 hours, you can pop the balloon! Use a chopstick to knock out any glue crystals that developed between strings.

 

Spray the ball with clear fast drying spray paint outdoors.

 

Wednesday, October 27, 2010

#19 : Hantaran Deco

 Nak DIY yang macam nih. aci tak?? ♥

 
 

nurularbeecreation

#18: Lagi 5 Bulan???

owh noo...wedding tickers kata ada 5 bulan lagi? ye ke?
adoi...saspen..iskkkh..kena speed up lagi ni.

Tuesday, September 21, 2010

#17 : 6 Bulan Lagi..

Urmm....6 bulan lagi..persiapan kawen??
adoii...takut plak memikirkannyer..
mana nak start nih..

Wednesday, September 15, 2010

#16 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...

Terima Kasih..
~MiE~

Tuesday, August 10, 2010

#15 : Salam Ramadhan 1431

Source : google

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  & Selamat berpuasa buat semua.

Friday, August 6, 2010

#14 : Perihal Buku Tetamu

Dah jadi trend sekarang nih tengok kat blog-blog B2B ada memasukkan elemen Buku Tetamu / GUESTBOOK dalam majlis perkahwinan diorang. Perlukah? heheh..tapi idea nih menarik..Masa hari besar tuh, tak mungkin akan dapat melayan semua tetamu² yang datang. Mungkin terkejar² mana nak makan beradap, nak salam² tetamu, nak tangkap gambar..huh. Sampai ada yang kecik hati sbb pengantin tak sempat nak layan sesetengah tetamu yang hadir..(sbb aku pun macam terasa jugak) huhuhu..ape kesss? :p
Jadi, guestbook nih mungkin membantu. Tetamu boleh tulis ucapan² khas buat pengantin...
Ada banyak idea² yang menarik untuk GuestBook. Kalau nak DIY pun bole..ikut kreativiti..Tapikan, memang rambang mata tengok gambar² Guestbook nih..
Jom tengok..

 All images from : Google

 

Thursday, August 5, 2010

#13 : Maid Of Honor

Taken from blog Miss X

Menjadi seorang pengapit or MAID OF HONOR bukan mudah seperti yang disangka. MAID OF HONORMAID OF HONOR bukan setakat tolong kipas atas pelamin, malah TANGGUNGJAWAB lebih daripada itu. seorang kawan yang betul2 IKHLAS sahaja layak bergelar MAID OF HONOR . ciri utama KENA PANDAI SIMPAN RAHSIA. MAID OF HONOR selalunya tahu 90% of the preparation, malah if si pengantin terlalu percayakan si MAID OF HONOR, dia even akan bagitau surprise or any gimmick. dan juga beberapa perkara jika tidak diberitahu dengan cara berkias atau berdolak-dalik oleh bride kepada si MAID OF HONOR bermaksudkan bride tu taknak berkongsi. maka, jangan mengorek dan mengkaji. jadi, kalau nak jadi MAID OF HONOR, renungkan beberapa perkara ni.

1) PREPARATION:

a) bila bride tgh deal dengan vendors, let her be. biar dia discuss apa yang dia nak, jangan interrupt. beri pandangan bila diperlukan sahaja. toksah nak sibuk mencelah sbb kadang2 might annoy kawan baik anda iaitu THE BRIDE. nak tahu kenapa?
kadang-kadang bride taknakla share berapa budget dia sekalipun dengan bridesmaid. sbb tu la jangan kacau. ketahui tugas anda secara tepat.

b) jangan mudah ambil hati. tang preparation, bride sangat busy. kadang2 terkalut, tersuruh itu ini, fahamilah.. bukan niat. tapi itulah yg dinamakan cold feet. kekadang MAID OF HONOR tempat luahkan perasaan, jangan hang dok pi canang pulak!

c) ada bride tak suka share siapa vendors dia. sebabbbb kadang2 ada org beli time sale ke, kat outlet ke, so tak semestinya dia nak share; ada sbb2 tertentu kenapa dia tak share. contohnya bride yang ada kawan2 and makcik2 mulut puaka. so contohnya anda di bawa ke warehouse sale gucci, contohnya. sudah tentu sewaktu bershopping bride-bridesmaid, kamu berdua tau... nak carik barang murah kan? bila dapat dari rm4000 jadik rm2000 jek. tak ke best dikala itu??? tapi INGAT, sebagai MAID OF HONORTAK PERLU!!!

d) si bride jumpa satu tempat tempah barang yang murah dan berkualiti di ceruk2 alam. MAID OF HONOR of course pegi teman bride. so sebagai MAID OF HONOR, bila bride tu tempah di tempat tersembunyi dan takmau orang tau, dengan cara diam2 tak mahu ditanya atau bride cuba berdolak-dalik FAHAM THE SIGNAL!!! maksudnya bride tu taknak share! (mungkin sbb bila commercial takut harga naik). anda tidak perlu mencari, mengorek dn kemudian pergi bagitau kawan lain. KECUALI, bride tu sendiri nak bagitau dan nak share. let the bride talk, or ask your friends to ask the bride themselves. MAID OF HONOR jangan jadi informer.

f) jangan opportunist.




2) THE DAY

a) it's her day. jadi MAID OF HONOR jangan lawan toke pulak. bukannya bride berdengki, but it's her day afterall. benar, MAID OF HONOR pun kena kelihatan cantik tapi janganlah sampai tetamu tak kenal yang mana satu pengantin perempuan.

b) jangan rasa kecil hati. kadang2 bride ni tengah kalut+nervous. di mintak panggilkan ahli keluarga atau amik kasut contohnya, jangan ambil hati, just for a day pun. itu tugas MAID OF HONOR HATI KENA IKHLAS.

c) MAID OF HONOR kena ada bersama bride sentiasa. if rasa tak sanggup, jangan volunteer / say yes waktu mula2. janganlah pulak bride kat dalam tu tengah bersiap, time tu la anda mahu keluar masuk. ataupun, bersembang kat luar selama sejam!!! bride mungkin perlukan bantuan anda.

d) MAID OF HONOR walaupun bukan ahli keluarga sedarah, tapi waktu hari perkahwinan kena jadi tuan rumah. maksudnya, waktu kenduri layan tetamu sampai majlis selesai bukannya melantak bersama2.

e) waktu salin baju utk majlis potong kek contohnya, atau waktu makeup sebelum majlis. ada dialog dan perkara2 yg akan jadi antara bride & groom. pekakkan telinga. if dengar, simpan rahsia. :)
selalunya kawan yang rapat. tugas yang meneman, zip kan mulut. tak perlu la kau cakap kat kawan lain "alaaaa aku teman dia aritu, beli kat warehouse sale 50%!!! murah je!" 

ada beza BRIDESMAID n MAID OF HONOR.
BRIDESMAIDS PENYERI MAJLIS.
MAID OF HONOR BESAR TANGGUNGJAWABNYA.

Wednesday, August 4, 2010

#12 : Sis Engagement Day 31.07.2010

Sabtu lepas hari pertunangan Rozilah. Pagi² Sabtu tuh dah balik Puchong..Majlis dimulakan dengan Tahlil untuk Arwah Ayah..Kemudian, rombongan pihak lelaki pun sampai..Majlis kecil dihadiri oleh ahli keluarga sahaja..Tema merah-putih..huhuh..terangnyer..Apepun, majlis berjalan lancar walaupun ada perkara yang tak berapa hepi terjadi..Tahniah Rozilah. Tahun depan langsung la tuh..Tapi, beri laluan kakak hang dulu year..hohohoh..

Monday, July 19, 2010

#11 : MATTA Fair Kuala Lumpur Sept 2010

Just a reminder fo me.

Date : 3rd-5th September 2010
Venue : PWTC

Mesti singgah yer..

Tuesday, July 13, 2010

#10 : Makan Durian

Ahad lepas pergi Slim River. Ada kenduri akikah anak ON. 1st time gie sana. Gerak dalam kul 10 lebih Nkot..Sampai sana dalam pkl 1ptg camtuh..Lambat sbb konvoi 3 kereta. Leader plak bawak selow motion. Tapi tak pe, biar lambat asal selamat.. Paling best lepas makan suma tuh, ON jamu kitorang dengan durian...Suka ler kitorang...Makan macam org jakun plak..hehehe..Then, lepas balik dari Slim River, singgah kat Tanjung Malim makan pau..umm..nak kata sedap, biasa ajer..Mungkin memasing dah kekenyangan, tak larat plak nak makan..

Thursday, July 8, 2010

#9 : Harry Potter And The Deathly Hallows : Trailer

wahhh..bestnyer..lama lagi nak kuar movie Harry Potter nih.. Tengok Trailer seratus kali.. :p

Thursday, July 1, 2010

#8 : Johnson & Johnson Amazing Explore Hunt 2010

Johnson & Johnson  Amazing Explore Hunt 2010

Well, actually lama nak post tapi kemalasan melanda pulak. Event hari tuh memang seronok, mencabar minda terutama bab menjawab soalan Motor Hunt..Adoi..Walaupun tak menang, tp ok la..Antara lokasi yg terlibat : Jalan Tandang->KL Tower->Jalan Ipoh->Kepong->Desa Park City->Sunway Extreme Park->Back at Jalan Tandang.Paling best last task iaitu kena amik guli-guli dalam bekas yang ada ular & transfer ulat dari bekas ke mesin penimbang..Perghhh...sib baik husband Nurul yang rela buat task ituh..whoaaa...Hebat!!!..

Start/Finish.

My Team : G.I Joe

Team : Prime Earth

 

Team : Super Sonic

Q : Boleh rasa dengan petua ini, Tetapi berbunyi seperti digemari oleh golongan orang tua disini

A : Restoran Grandpa

Q : Perhaps a Chinese zodiac animal of 2009 can be found near a short sibling.

A : OXBRO Sdn Bhd.



Ada lagi beberapa yang tak brapa nak tepat jawapan team kitorang. Memang marvelous bagi orang-orang yang pandai memikirkan jawapan soalan-soalan Explore hunt nih..Event kali nih agak susah sket sbb diorang combine ala-ala amazing race dengan Tressure Hunt.




Saturday, June 19, 2010

#7 : Dah Booking!!

Ape yang dah booking??? Hari nih MiE, Bie & FMIL pergi ke Putrajaya..Setelang ditimbang-timbang (bleh ke timbang??) kitorang telah pilih Putrajaya sebagai tempat untuk majlis besar kami tahun depan. Nak tahu kat mana secara tepat?? hehehe..Suprise!! Nanti dah dekat majlis baru wat post balik pasal dewan..huhuh..

Lepas booking dewan tadi, kitorang gie Alamanda. Saja je jalan-jalan. Pastuh tengok movie..Citer KECOH BETUL. At first nak tengok Karate Kid. Tapi takder seat pulak. Next show lambat sangat. Apa-apa aje. Tengok lah citer Nabil yang tak tahu ape motif cerita. Tapi, lawak jugak..Gelak-gelak..then, habis..

Otw, balik dalam kul 5 petang. Kiena & Ayong call ajak lepak. Tapi, macam jauh pulak nak pergi Damansara petang-petang camnih. I pun dah ngantok sebenarnyer. (sebab makan sebelum balik tadi). Tak apalah. Next time je ek kawan-kawan..

Oh yer. Esok ada Johnson & Johnson Hunt Race. My Team, MiE, Bie, Nurul & Zul..Kawan-kawan yang lain..Semoga berjaya & berseronok esok yer..

ok ..off nak tgk Tv.. :)

Thursday, June 17, 2010

# 6 : Glee

Owh...I'm so into this now..Ikut series nih dari mula show kat Astro Star World. Start bila bie kasi.. Then, lepas tgk terus suka. Yang paling best, sebab ada nyanyian..Ini yang buat series nih sangat unik dan menarik.

Sunday, June 13, 2010

# 5 : BBQ

Semalam kami (mie & Bie) dijemput oleh kakak ke BBQ at Serendah. Umm..bertolak dari Pandan Indah dalam pukul 4 lebih. Kami bertiga (mie, Bie & my sis-Gna). Sampai ajek kat Loke Yew..Mak aiiiih..jem laaaa..Giler la, sejam stuck kat situh aje..Kesimpulannyer, sampai Serendah pukul 6.30 ptg..Sakit buntut woo..
Sampai sana jek, bbq pun start..Ada Ayam, Lamb, Sotong, Udang..pastuh ada naan dan juga bubur cha cha..yummy..
Actually, nih sebenarnyer suprise Birthday party untuk Abg MNR. yg ke-67 gitew..Selamat Hari Jadi & Semoga Panjang umur, Murah Rejeki.

Owh..Gambar kat bawah nih...(curik dari fb Gna). Banyak, tapi amek sket ajek lah utk blog nih..hehehe..

 


ok..byee..

p/s : nak tgk karate kid..jom??

Saturday, June 12, 2010

# 4 : Perihal Dewan

Hari Khamis yang lepas kami purposely amek cuti. Tujuannyer? Gie tengok dewan. Sebenarnyer dah tengok masa gie Reception Nurul last week. Tapi rasa tak lengkap pulak.. 

Destinasi pertama : Dewan LLM
Lokasi : KM 6 Jalan Serdang - Kajang 43000 Kajang. (Sebelah Uniten aje

Dah call person in-charge. En. Ishak tuh kata leh tengok dewan tuh terus. ape-ape, boleh jumpa dia kat pejabat kat Blok B. Macam nie pun bole ke? Mula-mula nak amek pas pelawat. Tapi akak kaunter tuh kata x perlu kalau nak tengok dewan. Aik..camni pun ada lagi..Tak security pun masuk sana..Tapi, bagus gak..senang urusan..Then kitorang pun gie jek la dewan tuh. Tengok punyer tengok, Bie pulak rasa tak berkenan ngan dewan tuh. Cancel. Jadi, lepas beberapa lama tuh, kitorang pun gerak dari sana.

Keputusan : Tak jadi nak discuss dengan PIC itu. Sebab dah cancel dewan ini sebagai tempat majlis tahun depan..

 

Destinasi Kedua : Dewan Presint 9
Lokasi : Putrajaya


Lepas tengok dewan kat LLM, kitorang pun terus gerak gie kat Presint 9. Last time pergi tak dapat tengok dalam sbb ada  majlis yang berlangsung. Gie pejabat kat presint 9 tuh, cakap nak tengok dewan. Then person Incharge tuh pun bawak kitorang  site survey jalan-jalan kat dewan tuh. 
Dari ke dewan, pastuh tengok pantry, tengok bilik VIP (include 2 bilik yer). Dewan Presint 9 nih lebih kecil
berbanding dengan dewan presint 8 yang kitorang pergi tengok Sabtu yang lepas. Dah habis berjalan-jalan kitorang balik ke pejabat dan diberi penerangan mengenai kadar bayaran untuk sewaan dewan. Siap kasi salinan gambar majlis yang pernah berlangsung kat dewan nih. Kasi thumbdrive suh copy..hahah. Rate kira ok la. Selesa pun, selesa. Tapi ada satu yg kurang sbb org tuh bgtau yang hari Ahad ada pasar sehari. Jadi, kemungkinan tempat parking akan kena share dengan orang ramai yg mungkin akan parking di sekitar dewan nie..Bagaimana yaaaa?


 


Thursday, June 10, 2010

#3 : THE A-TEAM


Director: Joe Carnahan 
Cast: Liam Neeson, Bradley Cooper, Quinton "Rampage" Jackson, Sharlto Copley, 
Jessica Biel, Patrick Wilson, Gerald McRaney.  
Synopsis: THE A-TEAM follows the exciting and daring exploits of Hannibal Smith and his colorful team of former Special Forces soldiers who were set up for a crime they did not commit. Going "rogue", they utilize their unique talents - and eccentricities - to try and clear their names and find the true culprit.

(Source: 20th Century Fox (M) Sdn. Bhd.)


 
Memandangkan hari nih kami cuti & kebetulan ada kat area putrajaya, jadi kami pun pergi Alamanda tengok movie. Ramai gak orang walaupun kitorang gie time office hour. Oh ya, nak pula sekarang nih cuti sekolah. Jadi, ramai budak-budak kat sana. Adoi.. Tapi nasib baik ada tiket lagi..
Masa kecik-kecik memang suka tengok kartun A-Team nie. Walaupun lupa kisah kartun dia, tapi seriously movie nih best. Dari mula sampai habis. Asyik gelak ajer. Action pun banyak. Memang tak kecewa tengok. Nak tau, tengoklah sendiri..hehehe..

Rating : 4 Star..



Wednesday, June 9, 2010

#2 : Engagement

Date : 17.04.2010
Venue : Bt 14 Puchong

Officially I'm engaged to Mr Fiance..
Perasaan : : Sangat bersyukur & So Happy! : :





# 1 : Salam & Hai


Hai..Sebenarnyer nih post yang petama untuk blog nih..
Bersempena ulangtahun aku yg ke 27 nih..(tapi dah lepas beberapa hari pun) aku pun nak berblog tentang ape-ape saja yang rasa nak tulis kat sini..

umm...oke..daaaaa.. :)