Showing posts with label dewan. Show all posts
Showing posts with label dewan. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

#7 : Dah Booking!!

Ape yang dah booking??? Hari nih MiE, Bie & FMIL pergi ke Putrajaya..Setelang ditimbang-timbang (bleh ke timbang??) kitorang telah pilih Putrajaya sebagai tempat untuk majlis besar kami tahun depan. Nak tahu kat mana secara tepat?? hehehe..Suprise!! Nanti dah dekat majlis baru wat post balik pasal dewan..huhuh..

Lepas booking dewan tadi, kitorang gie Alamanda. Saja je jalan-jalan. Pastuh tengok movie..Citer KECOH BETUL. At first nak tengok Karate Kid. Tapi takder seat pulak. Next show lambat sangat. Apa-apa aje. Tengok lah citer Nabil yang tak tahu ape motif cerita. Tapi, lawak jugak..Gelak-gelak..then, habis..

Otw, balik dalam kul 5 petang. Kiena & Ayong call ajak lepak. Tapi, macam jauh pulak nak pergi Damansara petang-petang camnih. I pun dah ngantok sebenarnyer. (sebab makan sebelum balik tadi). Tak apalah. Next time je ek kawan-kawan..

Oh yer. Esok ada Johnson & Johnson Hunt Race. My Team, MiE, Bie, Nurul & Zul..Kawan-kawan yang lain..Semoga berjaya & berseronok esok yer..

ok ..off nak tgk Tv.. :)

Saturday, June 12, 2010

# 4 : Perihal Dewan

Hari Khamis yang lepas kami purposely amek cuti. Tujuannyer? Gie tengok dewan. Sebenarnyer dah tengok masa gie Reception Nurul last week. Tapi rasa tak lengkap pulak.. 

Destinasi pertama : Dewan LLM
Lokasi : KM 6 Jalan Serdang - Kajang 43000 Kajang. (Sebelah Uniten aje

Dah call person in-charge. En. Ishak tuh kata leh tengok dewan tuh terus. ape-ape, boleh jumpa dia kat pejabat kat Blok B. Macam nie pun bole ke? Mula-mula nak amek pas pelawat. Tapi akak kaunter tuh kata x perlu kalau nak tengok dewan. Aik..camni pun ada lagi..Tak security pun masuk sana..Tapi, bagus gak..senang urusan..Then kitorang pun gie jek la dewan tuh. Tengok punyer tengok, Bie pulak rasa tak berkenan ngan dewan tuh. Cancel. Jadi, lepas beberapa lama tuh, kitorang pun gerak dari sana.

Keputusan : Tak jadi nak discuss dengan PIC itu. Sebab dah cancel dewan ini sebagai tempat majlis tahun depan..

 

Destinasi Kedua : Dewan Presint 9
Lokasi : Putrajaya


Lepas tengok dewan kat LLM, kitorang pun terus gerak gie kat Presint 9. Last time pergi tak dapat tengok dalam sbb ada  majlis yang berlangsung. Gie pejabat kat presint 9 tuh, cakap nak tengok dewan. Then person Incharge tuh pun bawak kitorang  site survey jalan-jalan kat dewan tuh. 
Dari ke dewan, pastuh tengok pantry, tengok bilik VIP (include 2 bilik yer). Dewan Presint 9 nih lebih kecil
berbanding dengan dewan presint 8 yang kitorang pergi tengok Sabtu yang lepas. Dah habis berjalan-jalan kitorang balik ke pejabat dan diberi penerangan mengenai kadar bayaran untuk sewaan dewan. Siap kasi salinan gambar majlis yang pernah berlangsung kat dewan nih. Kasi thumbdrive suh copy..hahah. Rate kira ok la. Selesa pun, selesa. Tapi ada satu yg kurang sbb org tuh bgtau yang hari Ahad ada pasar sehari. Jadi, kemungkinan tempat parking akan kena share dengan orang ramai yg mungkin akan parking di sekitar dewan nie..Bagaimana yaaaa?