Tuesday, August 10, 2010

#15 : Salam Ramadhan 1431

Source : google

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  & Selamat berpuasa buat semua.

Friday, August 6, 2010

#14 : Perihal Buku Tetamu

Dah jadi trend sekarang nih tengok kat blog-blog B2B ada memasukkan elemen Buku Tetamu / GUESTBOOK dalam majlis perkahwinan diorang. Perlukah? heheh..tapi idea nih menarik..Masa hari besar tuh, tak mungkin akan dapat melayan semua tetamu² yang datang. Mungkin terkejar² mana nak makan beradap, nak salam² tetamu, nak tangkap gambar..huh. Sampai ada yang kecik hati sbb pengantin tak sempat nak layan sesetengah tetamu yang hadir..(sbb aku pun macam terasa jugak) huhuhu..ape kesss? :p
Jadi, guestbook nih mungkin membantu. Tetamu boleh tulis ucapan² khas buat pengantin...
Ada banyak idea² yang menarik untuk GuestBook. Kalau nak DIY pun bole..ikut kreativiti..Tapikan, memang rambang mata tengok gambar² Guestbook nih..
Jom tengok..

 All images from : Google

 

Thursday, August 5, 2010

#13 : Maid Of Honor

Taken from blog Miss X

Menjadi seorang pengapit or MAID OF HONOR bukan mudah seperti yang disangka. MAID OF HONORMAID OF HONOR bukan setakat tolong kipas atas pelamin, malah TANGGUNGJAWAB lebih daripada itu. seorang kawan yang betul2 IKHLAS sahaja layak bergelar MAID OF HONOR . ciri utama KENA PANDAI SIMPAN RAHSIA. MAID OF HONOR selalunya tahu 90% of the preparation, malah if si pengantin terlalu percayakan si MAID OF HONOR, dia even akan bagitau surprise or any gimmick. dan juga beberapa perkara jika tidak diberitahu dengan cara berkias atau berdolak-dalik oleh bride kepada si MAID OF HONOR bermaksudkan bride tu taknak berkongsi. maka, jangan mengorek dan mengkaji. jadi, kalau nak jadi MAID OF HONOR, renungkan beberapa perkara ni.

1) PREPARATION:

a) bila bride tgh deal dengan vendors, let her be. biar dia discuss apa yang dia nak, jangan interrupt. beri pandangan bila diperlukan sahaja. toksah nak sibuk mencelah sbb kadang2 might annoy kawan baik anda iaitu THE BRIDE. nak tahu kenapa?
kadang-kadang bride taknakla share berapa budget dia sekalipun dengan bridesmaid. sbb tu la jangan kacau. ketahui tugas anda secara tepat.

b) jangan mudah ambil hati. tang preparation, bride sangat busy. kadang2 terkalut, tersuruh itu ini, fahamilah.. bukan niat. tapi itulah yg dinamakan cold feet. kekadang MAID OF HONOR tempat luahkan perasaan, jangan hang dok pi canang pulak!

c) ada bride tak suka share siapa vendors dia. sebabbbb kadang2 ada org beli time sale ke, kat outlet ke, so tak semestinya dia nak share; ada sbb2 tertentu kenapa dia tak share. contohnya bride yang ada kawan2 and makcik2 mulut puaka. so contohnya anda di bawa ke warehouse sale gucci, contohnya. sudah tentu sewaktu bershopping bride-bridesmaid, kamu berdua tau... nak carik barang murah kan? bila dapat dari rm4000 jadik rm2000 jek. tak ke best dikala itu??? tapi INGAT, sebagai MAID OF HONORTAK PERLU!!!

d) si bride jumpa satu tempat tempah barang yang murah dan berkualiti di ceruk2 alam. MAID OF HONOR of course pegi teman bride. so sebagai MAID OF HONOR, bila bride tu tempah di tempat tersembunyi dan takmau orang tau, dengan cara diam2 tak mahu ditanya atau bride cuba berdolak-dalik FAHAM THE SIGNAL!!! maksudnya bride tu taknak share! (mungkin sbb bila commercial takut harga naik). anda tidak perlu mencari, mengorek dn kemudian pergi bagitau kawan lain. KECUALI, bride tu sendiri nak bagitau dan nak share. let the bride talk, or ask your friends to ask the bride themselves. MAID OF HONOR jangan jadi informer.

f) jangan opportunist.




2) THE DAY

a) it's her day. jadi MAID OF HONOR jangan lawan toke pulak. bukannya bride berdengki, but it's her day afterall. benar, MAID OF HONOR pun kena kelihatan cantik tapi janganlah sampai tetamu tak kenal yang mana satu pengantin perempuan.

b) jangan rasa kecil hati. kadang2 bride ni tengah kalut+nervous. di mintak panggilkan ahli keluarga atau amik kasut contohnya, jangan ambil hati, just for a day pun. itu tugas MAID OF HONOR HATI KENA IKHLAS.

c) MAID OF HONOR kena ada bersama bride sentiasa. if rasa tak sanggup, jangan volunteer / say yes waktu mula2. janganlah pulak bride kat dalam tu tengah bersiap, time tu la anda mahu keluar masuk. ataupun, bersembang kat luar selama sejam!!! bride mungkin perlukan bantuan anda.

d) MAID OF HONOR walaupun bukan ahli keluarga sedarah, tapi waktu hari perkahwinan kena jadi tuan rumah. maksudnya, waktu kenduri layan tetamu sampai majlis selesai bukannya melantak bersama2.

e) waktu salin baju utk majlis potong kek contohnya, atau waktu makeup sebelum majlis. ada dialog dan perkara2 yg akan jadi antara bride & groom. pekakkan telinga. if dengar, simpan rahsia. :)
selalunya kawan yang rapat. tugas yang meneman, zip kan mulut. tak perlu la kau cakap kat kawan lain "alaaaa aku teman dia aritu, beli kat warehouse sale 50%!!! murah je!" 

ada beza BRIDESMAID n MAID OF HONOR.
BRIDESMAIDS PENYERI MAJLIS.
MAID OF HONOR BESAR TANGGUNGJAWABNYA.

Wednesday, August 4, 2010

#12 : Sis Engagement Day 31.07.2010

Sabtu lepas hari pertunangan Rozilah. Pagi² Sabtu tuh dah balik Puchong..Majlis dimulakan dengan Tahlil untuk Arwah Ayah..Kemudian, rombongan pihak lelaki pun sampai..Majlis kecil dihadiri oleh ahli keluarga sahaja..Tema merah-putih..huhuh..terangnyer..Apepun, majlis berjalan lancar walaupun ada perkara yang tak berapa hepi terjadi..Tahniah Rozilah. Tahun depan langsung la tuh..Tapi, beri laluan kakak hang dulu year..hohohoh..